College Gallery

Kursus Diploma Pengurusan KTP dan Diploma Pemasaran KTP diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar bagi meneruskan pengajian selepas SPM ke peringkat Diploma dan seterusnya ke peringkat Ijazah Pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) di Kolej ini sendiri.

Pelajar Diploma Pengurusan akan didedahkan dengan Kursus Pengurusan Perakaunan, Pelakuan Organisasi, Pengurusan Psikologi, Komunikasi Perniagaan, Perakaunan Kewangan, Pengurusan Pengeluaran , Ekonomi untuk Pengurusan, Pengantar Kewangan dan Undang-undang Perniagaan.

Pelajar Diploma Pemasaran akan mengikuti kursus Pengantar Pemasaran, Pengurusan Pemasaran, Kelakuan Pengguna, Penyelidikan Pemasaran, Pengiklanan dan Kaedah Penyelidikan Perniagaan.

Pelajar diwajibkan menghabiskan sembilan puluh satu (91) unit bagi melayakkan mereka memperolehi Diploma. Graduan Diploma boleh dipertimbangkan pemindahan kredit sehingga tiga-puluh enam (36) unit atau bersamaan dua semester untuk Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan syarat sekurang-kurangnya mendapat minimum gred C.

Komponen utama kursus ini adalah kawalan kualiti. Memandangkan kursus ini adalah kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM), maka fungsi USM adalah sebagai Badan Pengawas Utama. Kawalan kualiti ini adalah meliputi kualiti kursus yang diajar dan penilaian yang berkaitan dengannya. Pensyarah dari USM akan dilantik untuk bertindak sebagai penyelia untuk setiap kursus yang tertentu pada setiap semester.

Jangkamasa kursus adalah enam (6) semester iaitu dua setengah (2 1/2) tahun akademik. Setiap semester adalah empat (4) bulan.

Pengambilan adalah pada bulan JUN dan OKTOBER setiap tahun. Borang permohonan boleh didapati di KTP. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kolej berserta dengan yuran proses sebanyak RM20.00 (Tidak dikembalikan).

Lulus SPM / SPMV
Minimun 3 Kredit termasuk Bahasa Malaysia Atau
Sijil Pengurusan Perniagaan KTP

section_kenapabelajar.gif (6713 bytes)

Jangkamasa Kursus
Pelajar boleh menamatkan Diploma dalam tempoh empat (6) semester (2 1/2 tahun akademik) dan Ijazah dalam tempoh empat (4) semester (2 tahun akademik). Ini boleh menjimatkan masa dan wang.
Kelebihan kemudahan di KTP
- Kampus yang luas
- Persekitaran Pembelajaran yang kondusif
- Asrama penginapan yang lengkap dan selesa
- Dewan Makan dan Kafeteria
- Bilik Kuliah dan Bilik Tutorial yang selesa 
- Perpustakaan
- Bilik Komputer dan Bilik Internet
- Kemudahan Sukan dan Rekreasi
- Tempat meletak kereta yang luas
- Terdapat kemudahan tempat tinggal tambahan yang amat berdekatan dengan Kolej
- Bayaran Yuran yang fleksi.
Kawalan Kualiti Akademik dari USM
USM akan menyediakan kurikulum dan mengawasi kualiti kursus melalui:
- Lawatan rasmi oleh pensyarah USM
- Kuliah/tutorial dari pensyarah pelawat dari USM setiap semester.
- Pensyarah dari USM akan dilantik sebagai penyelaras program.
- Soalan peperiksaan akhir adalah ditetapkan oleh USM
Pensyarah yang berpengalaman.

 

 

 Information © 2004 Island College Technology, Penang, Malaysia.