

Kursus Diploma Perakaunan
KTP dibuka untuk memberi peluang kepada pelajar yang hendak meneruskan pengajian selepas
diploma ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti
Utara Malaysia (UUM) di kampus UUM, Sintok. Pelajar Diploma akan didedahkan dengan
Prinsip Perakaunan Kewangan, Pengurusan Perakaunan/Pengkosan, Pengauditan, Pengurusan
Maklumat Perakaunan, Kaedah Kuantitatif, Pengurusan, Ekonomi dan Perniagaan.

Jangkasama kursus ini
adalah 3 tahun iaitu 6 semester bagi setiap pengajian.
Pengambilan adalah pada bulan JUN dan OKTOBER setiap tahun. Borang permohonan boleh
didapati di KTP. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kolej berserta
dengan yuran proses sebanyak RM20.00 (Tidak dikembalikan).

Lulus SPM / SPMV
4 Kredit termasuk Bahasa Malaysia,
dan Matematik serta lulus bahasa inggeris
Sijil Pengurusan Perniagaan KTP
Calon-calon yang mendapat
CGPA yang baik akan diterima masuk ke Ijazah UUM, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Memandangkan kursus
Diploma ini kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), fungsi UUM adalah sebagai
Badan Pengawas Utama. Kawalan kualiti iaitu merangkumi kualiti kursus yang diajar dan
proses penilaian yang berkaitan dengannya. Pensyarah UUM dilantik untuk bertindak sebagai
penyelia kursus.

Jangkamasa Kursus
Pelajar boleh menamatkan Diploma dalam tempoh tiga (3) tahun akademik dengan enam (6)
semester dan boleh menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di kampus
Universiti Utara Malaysia, Sintok selama 2-3 tahun bergantung kepada jumlah pengucualian
unit yang di perolehi oleh pelajar. Ini boleh menjimatkan masa dan wang.
Kelebihan kemudahan di KTP
- Kampus yang luas
- Persekitaran Pembelajaran yang kondusif
- Dewan Besar yang boleh menampung sebanyak 1000 orang
- Asrama Inapan yang lengkap dan selesa
- Dewan Makan dan Kafeteria
- Bilik Kuliah dan Bilik Tutorial yang selesa
- Makmal Sains dan Komputer yang lengkap
- Perpustakaan
- Bilik Komputer dan Bilik Internet
- Kemudahan Sukan dan Rekreasi
- Tempat meletak kereta yang luas
- Terdapat kemudahan tempat tinggal tambahan yang amat berdekatan dengan Kolej
- Bayaran Yuran yang fleksi.
|