course_sijilPengurusan.gif (3886 bytes)

SEPENUH MASA

Kursus Sijil Pengurusan Perniagaan ini membuka peluang kepada mereka yang kurang berjaya dalam Peperiksaan SPM supaya dapat mengikuti kursus Diploma KTP dengan kerjasama USM. Di akhir pengajian , pelajar program sijil yang lulus dengan baik boleh menyambung pengajian ke peringkat Diploma Pengurusan / Pemasaran.

Sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan dilengkapkan dengan pengetahuan asas tentang Perakaunan, Ekonomi, Komunikasi, Komputer serta amalan pengurusan

Jangkamasa kursus ini adalah satu (1) tahun iaitu selama tiga (3) semester.

Pengambilan adalah pada bulan JUN dan OKTOBER setiap tahun. Borang permohonan boleh didapati di KTP. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kolej berserta dengan yuran proses sebanyak RM20.00 (Tidak dikembalikan).


Kelayakan minima:

Lulus SPM/SPMV
2 Kepujian dalam mana-mana subjek.


section_kenapabelajar.gif (6713 bytes)


Kelebihan kemudahan di KTP

- Kampus yang luas
- Persekitaran Pembelajaran yang kondusif
- Asrama penginapan yang lengkap dan selesa
- Dewan Makan dan Kafeteria
- Bilik Kuliah dan Bilik Tutorial yang selesa
- Makmal Sains dan Komputer yang lengkap
- Perpustakaan
- Bilik Komputer dan Bilik Internet
- Kemudahan Sukan dan Rekreasi
- Tempat meletak kereta yang luas
- Terdapat kemudahan tempat tinggal tambahan yang amat berdekatan dengan Kolej
- Bayaran Yuran yang fleksi.


Pelajar yang menamatkan Sijil Pengurusan Perniagaan sekurang-kurangnya 2.00 CGPA adalah layak untuk meneruskan pengajian mereka ke Diploma Pengurusan / Pemasaran di KTP dengan kerjasama USM.

Dengan kelayakan Sijil Pengurusan Perniagaan, anda boleh bekerja di firma-firma, bank-bank, institusi kewangan dan mana - mana jabatan dalam syarikat.

 

 Information © 2004 Island College Technology, Penang, Malaysia.