College Gallery            wpe1.jpg (2395 bytes)

 

Kursus Diploma Teknologi Maklumat KTP dibuka  untuk memberi peluang kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian selepas diploma ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Universiti Utara Malaysia (UUM) di kampus UUM, Sintok.   Sepanjang kursus ini, pelbagai program dilaksanakan bagi melatih pelajar dalam pelbagai aspek asas bidang Teknologi Maklumat yang mencakupi bahagian amali dan teori, bagi memastikan pelajar dilengkapi dengan kebolehan dan pengetahuan yang diperlukan di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pelajar boleh menamatkan pengajian dalam tempoh 3 tahun akademik iaitu terdiri daripada 6 semester.  Selepas tamat pengajian pelajar akan meneruskan pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di kampus UUM sintok, selama 2-3 tahun bergantung kepada jumlah pergecualian unit yang di perolehi oleh pelajar.

Pengambilan adalah pada bulan Jun dan Oktober setiap tahun. Borang permohonan boleh didapati di KTP. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kolej berserta dengan yuran proses sebanyak RM20.00 (Tidak dikembalikan).


      Lulus SPM / SPMV

      4 Kredit termasuk Bahasa Malaysia, Lulus Matematik Atau

      Sijil Teknologi Maklumat KTP

Calon-calon yang mendapat CGPA yang baik akan diterima masuk ke Ijazah UUM, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.


Memandangkan kursus Diploma ini adalah kerjasama kawalselia dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), fungsi UUM adalah sebagai Badan Pengawas Utama. Kawalan kualiti yang dijalankan merangkumi kualiti kursus yang diajar dan proses penilaian yang berkaitan dengannya.  Pensyarah UUM dilantik untuk bertindak sebagai penyelia kursus.


 

 Information © 2004 Island College Technology, Penang, Malaysia.