College Gallery                

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan merupakan program Sarjana Muda yang dijalankan di Kolej Teknologi Pulau / Island College of Technology (ICT) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan penganugerahan ijazah oleh USM. Ini bererti tiada perbezaan antara program yang ditawarkan di kolej ini dengan program yang ditawarkan di USM sendiri.

Kursus ini disediakan adalah untuk melengkapkan pelajar dengan maklumat yang terkini dalam bidang pengurusan organisasi, pemasaran / kewangan sebagaimana yang ditekankan dalam keperluan korporat masa kini.

Kursus major yang ditawarkan adalah KEWANGAN / PEMASARAN dan PENGURUSAN ORGANISASI

Jangkamasa program untuk kursus sepenuh masa adalah enam (6) semester dalam tiga (3) tahun manakala untuk kursus separuh masa mengambil masa lebih kurang sepuluh (10) semester. Mereka yang mempunyai Diploma Pengurusan / Pemasaran KTP boleh menamatkan pengajian dalam tempoh empat (4) semester (2 tahun).

Pengambilan adalah pada bulan JUN dan OKTOBER setiap tahun. Borang permohonan boleh didapati di KTP. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kolej berserta dengan yuran proses sebanyak RM20.00.(Tidak dikembalikan).

Lulus SPM atau setarafnya dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia
Menduduki peperiksaan MUET
Lulus STPM atau setaraf dengan mendapat gred C Pengajian Am dan sekurang-kurangnya gred            C bagi 2 mata pelajaran lain.

Atau

Lulus Diploma Pengurusan / Pemasaran KTP / ICT

Atau

Lulus Diploma dalam bidang berkaitan daripada Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Nota : Bagi pemegang Diploma Pengurusan / Pemasaran KTP diberi pengecualian sehingga tiga-puluh enam (36) unit. Bagi pemegang Diploma lain, pengecualian boleh juga dipertimbangkan, tertakluk kepada kelulusan Universiti Sains Malaysia

section_kenapabelajar.gif (6713 bytes)

Mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari USM

Kelebihan kemudahan di KTP

- Kampus yang luas
- Persekitaran Pembelajaran yang kondusif
- Asrama Inapan yang lengkap dan selesa
- Dewan Makan dan Kafeteria
- Bilik Kuliah dan Bilik Tutorial yang selesa
- Makmal Sains dan Komputer yang lengkap
- Perpustakaan
- Bilik Komputer dan Bilik Internet
- Kemudahan Sukan dan Rekreasi
- Tempat meletak kereta yang luas
- Terdapat kemudahan tempat tinggal tambahan yang amat berdekatan dengan Kolej
- Bayaran Yuran yang fleksi.

Kawalan Kualiti Akademik dari USM

USM akan menyediakan kurikulum dan mengawasi kualiti kursus melalui:

- Lawatan rasmi yang kerap ke KTP oleh pensyarah USM
- Kuliah/tutorial dari pensyarah pelawat dari USM setiap semester.
- Pensyarah dari USM akan dilantik sebagai penyelaras program.
- Soalan peperiksaan akhir adalah ditetapkan oleh USM

Pensyarah yang berpengalaman.

   

 Information © 2004 Island College Technology, Penang, Malaysia.