course_sijil IT.gif (3976 bytes)

SEPENUH MASA

Kursus Sijil Teknologi Maklumat (IT) di KTP membuka peluang kepada pelajar untuk mendalami kursus IT terutama sekali kepada mereka yang kurang berjaya dalam SPM agar dapat meneruskan pengajian dalam bidang IT di peringkat yang lebih tinggi. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sijil IT boleh menyambung pengajian mereka ke Diploma Sains Komputer / Teknologi Maklumat. Sepanjang pengajian, pelajar akan dilengkapkan dengan pengetahuan asas tentang Komputer, Internet, Pengaturcaraan, Multimedia, Sistem Maklumat serta pakej aplikasi pengurusan.


Jangkamasa kursus ini adalah satu (1) tahun iaitu selama Tiga (3) semester. 

Pengambilan adalah pada bulan JUN dan OKTOBER setiap tahun. Borang permohonan boleh didapati di KTP. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kolej berserta dengan yuran proses sebanyak RM20.00 (Tidak dikembalikan).


Kelayakan minima:

Lulus SPM/SPMV
2 Kepujian dalam mana-mana subjek.


Pelajar yang telah tamat Program Sijil dengan mendapat sekurang-kurangnya 2.00CGPA yang memuaskan layak untuk meneruskan pengajian mereka ke Diploma Teknologi Maklumat KTP/UUM.


Dengan kelayakan Sijil Teknologi Maklumat , anda boleh bekerja sebagai pembantu pengaturcaraan, pembantu operasi sistem, pengoperasi rangkaian komputer.

 

 Information © 2004 Island College Technology, Penang, Malaysia.