Perpustakaan Kolej Teknologi Pulau mempunyai peranan yang amat penting di dalam
pengumpulan , pengdokumentasian dan penyebaran maklumat kepada pelajar-pelajar ,
pensyarah-pensyarah dan staf di kolej ini. Perpustakaan menyediakan koleksi-koleksi
pinjaman dan rujukan yang merangkumi subjek-subjek yang berkaitan dengan kursus yang
ditawarkan di kolej ini.

Perkhidmatan
yang disediakan adalah perkhidmatan pinjaman, rujukan , penasihat pembaca dan OPAC
(Katalog Awam Atas Talian). Perpustakaan juga menyediakan kemudahan mengakses internet
yang menawarkan perkhidmatan seperti mel elektronik (e mail), pencarian maklumat dalam
pelbagai bidang dari laman web.