About Us

Pada 18 Februari 1998, ICT Associates (M) Sdn. Bhd. telah mendapatkan lesen untuk Kolej ini didaftarkan dengan nama Kolej Teknologi Pulau (KTP)/ Island College Of Technology, bertempat di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pada permulaan, Kolej ini menjalankan Program Matrikulasi Universiti Sains Malaysia (USM) dan Matrikulasi Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seterusnya Kolej telah mengembangkan programnya ke peringkat sijil, diploma dan ijazah secara bersendirian, berkembar, francais, ijazah luaran ataupun validation oleh Universiti-universiti terkenal.

Kolej Teknologi Pulau (Island College of Technology) telah membuka ruang dan berbagai jenis peluang pengajian kepada anda dengan kos yang berpatutan.

KTP menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Universiti Sains Malaysia. Di peringkat Diploma dan Sijil pula, ianya menawarkan program Pengurusan, Pemasaran, Perbankan, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Teknologi Maklumat dan Perakaunan dengan kerjasama Universiti Tempatan. KTP juga mempunyai jalinan persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Sains Malaysia bagi program Matrikulasinya.

KTP mempunyai hasrat untuk menjalin hubungan dengan beberapa lagi institusi pengajian tinggi/universiti yang terkenal dalam program-program yang lain.

Sejajar dengan misinya untuk mewujudkan program-program pengajian yang berkualiti, Kolej ini juga telah memberi penekanan yang setimpal untuk mengwujudkan suasana pengajian yang harmoni agar para pelajarnya dapat menimba bukan sahaja ilmu pengetahuan tetapi juga budaya pembelajaran yang bermutu.

Vision

Menjadi Institusi Pengajian Tinggi yang terulung dengan komitmen yang menyeluruh kepada kecemerlangan melalui kualiti dan budaya pembelajaran yang baik. 

Mission Statement

Membekalkan pendidikan, latihan dan pembangunan individu yang berkualiti
Membekalkan suasana yang kondusif untuk pelajarnya
Menyemai/menanam budaya pembelajaran yang baik    
Melahirkan graduan yang berkualiti
Memastikan komitmen yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, negara dan universal


Motto

"KOMITMEN KEPADA KUALITI DAN KECEMERLANGAN "

 

 Information © 2004 Island College Technology, Penang, Malaysia.