Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pelajar seringkali berdepan dengan masalah pilihan kursus semasa merancang pengajian bagi masa depan. Memilih kursus yang sesuai dan institusi yang baik dan berwibawa adalah merupakan satu-satunya keputusan yang penting bagi mencorak kehidupan masa depan anda.

Kolej Teknologi Pulau (Island College of Technology) dengan gembiranya membuka ruang dan berbagai jenis peluang pengajian kepada anda dengan kos yang berpatutan.

KTP menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Universiti Sains Malaysia. Di peringkat Diploma dan Pra-Diploma pula, ianya menawarkan program Pengurusan, Pemasaran, Perbankan, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Teknologi Maklumat dan Perakaunan dengan kerjasama Universiti Tempatan. KTP juga mempunyai jalinan persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Sains Malaysia bagi program Matrikulasinya.

KTP mempunyai hasrat untuk menjalin hubungan dengan beberapa lagi institusi pengajian tinggi/universiti yang terkenal dalam program-program yang lain.

Sejajar dengan misinya untuk mewujudkan program-program pengajian yang berkualiti, Kolej ini juga telah memberi penekanan yang setimpal untuk mengwujudkan suasana pengajian yang harmonis agar para pelajarnya dapat menimba bukan sahaja ilmu pengetahuan tetapi juga budaya pembelajaran yang bermutu.

Kami di Kolej Teknologi Pulau tetap komited kepada kualiti dan kecemerlangan. Oleh itu, adalah menjadi hasrat dan tanggungjawab kami untuk mendorong dan memastikan yang setiap pelajar yang diterima masuk ke Kolej ini menerima pengajian yang berkualiti agar dapat mencapai masa depan yang gemilang.

Anda akan dapati bahawa Kolej ini adalah satu-satunya Kolej yang amat sesuai bagi anda untuk mendapatkan pengajian tinggi. Anda bukan sahaja akan dapat mengecapi pengajian yang berkualiti tetapi juga pasti akan dapat membentuk potensi anda pada keseluruhannya.

Kedatangan anda di Kolej Teknologi Pulau amatlah dialu-alukan.

Presiden dan Ketua Eksekutif

 

 Information © 2001 Island College Technology, Penang, Malaysia.